Isu Chin Peng : Umat Melayu diingatkan Tidak Lupa Sejarah

PETALING JAYA 22 Sept - Umat Melayu yang menyokong usaha membawa balik mayat atau abu Chin Peng ke tanah air diingatkan agar tidak melupakan sejarah.

Ketua Penerangan NGO-NGO Gombak, Rashid Fadzil berkata, tindakan beberapa pihak yang menyokong usaha tersebut disifatkan sebagai politik murahan.

"Janganlah sebab ingin mencari kepentingan diri, kepentingan politik murahan atau politik rimba sanggup menyokong mereka membawa balik mayat dan abu ini," katanya kepada pemberita  selepas membuat laporan di IPD Petaling Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir sama pada sesi ini ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Keris Mas, Datuk Mohd Abdullah Mohaideen, Dipertua Pertubuhan Kebajikan Melayu Kelang Datuk Abdul Rahim, Pengerusi Sekteriat NGO Selangor, Abd Rani bin Kulup Abdullah dan Persatuan Putra Malaysia, Datuk Said.

Rashid menjelaskan , Pertubuhan NGO-NGO dengan sekeras-kerasnya membantah mayat atau abu pengasas komunis dibenarkan masuk ke negara.

Katanya,tidakan itu dikuatiri akan menyebabkan generasi muda akan datang mengagung-agungkan pemimpin komunis itu.

"Kami akan berdiri tegak di belakang kerajaan dengan setitis darah kami akan mempertahankan tidak dibenarkan abu atau mayat dibawa pulang ke bumi berdaulat ini," katanya.

"Mayat atau abu yang dibalik itu akan ditanam dan dibina tugu untuk mereka menyembah dan mendaulatkan perjuangan komunis dinegara kita dan akan menjadi satu tempat dan pekembangannya semangat idealisme, komunisme dinegara kita.

Persatuan NGO-NGO gabungan Negeri Selangor membuat laporan di IPD Petaling Jaya mengenai isu abu mayat Chin Peng dan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak ingin membawa masuk abu mayat pengasas komunis ke Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana