Isteri Mat Yo serah kes gaduh pada polis dan peguam

SUBANG JAYA: Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talha atau lebih dikenali dengan nama 'Mat Yo' berkata beliau telah menyerahkan kes pertengkarannya dengan seorang pengawal keselamatan kepada polis dan enggan mengulas lanjut berkenaan insiden itu.

Siti Aisya Adam berkata demikian setelah dihubungi wartawan Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai video pertengkaran itu yang tersebar secara meluas di laman sesawang internet.

“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen,” kata Aisya.

Video bertarikh 12 September yang dipercayai dimuatnaik oleh Aisya sendiri mula menjadi viral di laman sosial Facebook dan turut mengundang kritikan pelayar internet.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube.

Masing-masing mengutuk Aisya kerana bersikap kurang ajar dengan seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang.

Insiden dipercayai berlaku setelah Aisya dikatakan tidak puas hati dengan pengawal keselamatan tersebut yang tidak membenarkannya meletakkan kenderaan di kawasan larangan parkir.

Menerusi video itu, Aisya dirakam sebagai memanggil pengawal keselamatan itu dengan panggilan 'bodoh' dan 'jantan dayus'.

Rakaman itu secara jelas memperlihatkan Shahrul turut berada di tempat kejadian namun hanya menonton pertengkaran antara isteri dan pengawal keselamatan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana