IDEOLOGI MELAMPAU KIBARAN BENDERA

TINDAKAN segelintir individu rakyat kita yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya" ketika negara meraikan kemerdekaan merupakan bentuk kezaliman terhadap dirinya dan kepada negara. Zalim kepada dirinya kerana perbuatan itu merosakkan pandangan orang lain terhadap dirinya. Dengan perbuatan yang melampau itu, tiada lagi kredibiliti yang dimilikinya sehingga dengan sendirinya dia meranapkan masa depannya sendiri.

Dianggap sebagai zalim kepada negara kerana dengan perbuatan itu, dia telah menggugat Perlembagaan negara yang menjadi teras kepada keagungan dan kewibawaan negara. Tindakan melampau itu juga boleh diiktiraf sebagai mencabul undang-undang negara yang sudah menetapkan Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi negara yang mesti dihormati dan dijunjung tinggi.

Bendera adalah lambang kepada kedaulatan dan maruah sesebuah negara. Mereka sepatutnya merenung dan bertafakur secara mendalam terhadap makna di sebalik kehebatan sebuah bendera. Demi sang bendera, para pejuang dan pahlawan kita dahulu mempertaruhkan dan menggadaikan nyawa mereka menentang penjajahan.

Meskipun perjuangan menuntut kemerdekaan negara tidak ditegakkan menerusi peperangan dan tumpah darah", ia tetap menjadi suatu tindakan yang mulia di sisi Allah SWT. Berdasarkan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, sebahagian besar kemenangan Islam adalah kerana kehebatan diplomasi baginda sendiri, sentiasa memaafkan musuh-musuh Islam yang menunjukkan toleransi dan bersedia menyelesaikan kekusutan menerusi rundingan.

Kita seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang kita perolehi hari ini. ini lah tanah yang akan di warisi oleh anak cucu kita..kemerdekaan untuk mereka . Sikap mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab akan menjerumus negara kepada situasi yang tidak stabil dan akhirnya memberi ruang kepada kuasa asing untuk masuk campur, membentuk kerajaan boneka dan dalam sudut politik, ia tidak bebas daripada cengkaman penjajahan semula, dalam bentuk penjajahan ekonomi dan budaya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL