Hina Islam: Lukisan 'I For Idiot' dikeluarkan dari pameran

KUALA LUMPUR: Lukisan 'I For Idiot' yang dikatakan menghina agama Islam tidak ditunjuk terlebih dahulu kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kata menterinya Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurutnya, ketika memohon permit pameran penganjur tidak menunjukkan kesemua lukisan termasuk karya tersebut.

Nazri kemudiannya mengesahkan lukisan itu telah ditarik balik setelah mendapat aduan dari orang ramai.

"Saya telah mendapat maklumat iaitu setiap pameran yang nak dilakukan semestinya melalui jawatankuasa yang terdiri daripada balai visual yang di bawah kementerian saya.

"Jadi dalam soal perkara ini dia tidak ditunjukkan kepada jawatankuasa, tidak melalui jawatankuasa.

"Apabila pameran itu dibenarkan, eyes of Indians itu masuk, bermakna orang yang bertanggungjawab itu tidak jujur dan memasukkan lukisan itu walaupun jawatankuasa di peringkat awal tidak melihat lukisan itu kerana tidak ditunjuk," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan 50 tahun Muzium Negara, semalam.

Khamis lalu, polis telah merampas lukisan Anurendra Jegadeva yang dipamerkan di pameran M50 Selamat Hari Malaysia selepas menerima laporan ia menghina Islam.

Anurendra dalam kenyataannya menafikan mempunyai sebarang niat untuk menghina Islam kerana lukisan itu adalah lambang solidariti untuk mangsa perang di Iraq.

Pameran itu sedang berlangsung di Publika Mall sehingga 17 September dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara (BSNV), MapKL@Publika dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

"Kita telah mengarahkan supaya objek itu dikeluarkan, dan oleh kerana beberapa pelajar sudah membuat laporan polis, jadi sekarang di bawah tanggungjawab polis untuk menyiasat.

"Sekarang telah di bawah pihak polis, kita benarkan pihak polis siasat dahulu dan kemudian kita akan fikirkan tindakan yang akan diambil.

"Pada saya, lukisan itu memang menyinggung sensitiviti, sebab dia tak ada sebab untuk berbuat demikian. Yang mana ditunjuk kepada kita memang kita bagi kebenaran untuk dipamerkan, itu memang jelas, tapi dalam hal ini saya pun tak tahu kenapa," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana