Helah PATI elak dicekup

BUTTERWORTH - Segelintir Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikesan menyorok di sebalik kotak, celah dinding dan meniarap di dalam air berlumpur bagi mengelak diberkas ketika rumah kongsi mereka diperiksa Jabatan Imigresen di sini semalam.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, dalam pemeriksaan antara pukul 1 hingga pukul 5.30 pagi itu, ada juga PATI yang sudah bersedia membuat laluan khas untuk memudahkan mereka meloloskan diri.

"Bagaimanapun, dengan perancangan rapi, anggota kita dapat menyekat mereka yang berusia 22 hingga 50 tahun daripada melarikan diri.

"Dalam operasi ini, seramai 26 warga asing yang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Thailand ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tinggal lebih tempoh," katanya kepada pemberita di sini.

Foto: Seorang wanita warga asing merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak ditahan dalam Ops 6P di Bayan Baru, Butterworth, Pulau Pinang semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana