Hari ATM ke-80 Bakal Pamer Kelainan

KUALA LUMPUR 14 Sept - Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 80 yang dijadualkan 21 September ini mempunyai signifikan berbanding sambutan tahun sebelumnya.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata buat pertama kali sambutan itu akan diadakan di Dataran Merdeka selain mengadakan 'Perbarisan Raksasa' buat tontonan orang ramai.

"Sambutan Hari ATM kali ini begitu signifikan berbanding tahun sebelum. Pada tahun ini kemuncak sambutan Hari ATM akan di adakan di Dataran Merdeka dalam bentuk Perbarisan Raksasa.
"Antara acara-acara yang telah diaturkan adalah seperti Perutusan Khas oleh Panglima Angkatan Tentera menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 September 2013 (esok) diikuti dengan upacara Perbarisan Sempena Sambutan Hari ATM ke 80 pada 19 September 2013 dan buat julung kalinya akan mengadakan Perbarisan Raksasa di Dataran Merdeka pada 21 September 2013 ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu ujar beliau tema Hari ATM pada tahun ini ialah 'ATM Perkasa Kedaulatan Terpelihara' sekaligus mencerminkan kematangan ATM dalam menjaga hal berkaitan keselamatan negara yang menjadi penekanan utama.

"Tema ini membawa pengertian bahawa ATM merupakan sebuah institusi ketenteraan yang mempunyai keupayaan dan kebolehanpercayaan yang tinggi serta mampu menentukan keutuhan kedaulatan dan keselamatan negara daripada sebarang bentuk ancaman. Penekanan kita adalah berkaitan kedaulatan negara," katanya

Ditanya pemberita mengenai perancangan untuk memperkasakan ATM, beliau menjelaskan keupayaan menghadapi ancaman perlu dibangunkan seterusnya memenuhi tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam dasar pertahanan negara.

"Kita ingin bangunkan keupayaan yang dapat hadapi ancaman yang pelbagai sama ada ancaman rendah mahupun sederhana rendah," ujarnya.

Justeru itu Zulkifeli mengharapkan agenda transformasi angkatan yang telah direncana ke arah mewududkan angkatan objektif melalui 'blueprint' Pelan 4DMAF akan terus digerakkan dengan penuh kegigihan oleh semua lapisan pemerintahan dan pengurusan.

"Demi keutuhan kesiapsiagaan keupayaan tempur angkatan, ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terus menentukan modal insan, aset dan doktrin sentiasa berada pada tahap pengoperasian yang tertinggi," tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana