Hadiah manis Hari Malaysia...MEmang Yang Terbaik

KUANTAN: Sambutan Hari Malaysia kian manis apabila Harimau Muda A muncul juara Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menumpaskan Myanmar pada pertemuan di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi.

Jaringan pembukaan Malaysia diperoleh menerusi Md Rozaimi Ab Rahman pada minit ke-28, selepas menendang masuk bola yang gagal ditampan kemas penjaga gol Myanmar hasil rembatan Wan Zack Haikal.

Putera Nadher atau lebuh dikenali sebagai Junior pula terus menggamatkan stadium apabila menyumbat gol penutup dan kemenangan skuad kebangsaan selepas melorong kemas ke penjuru kiri gawang Myanmar.

Kemenangan berkenaan menyaksikan piala Pestabola Merdeka kembali ke tangan Malaysia selepas hilang di tangan Vietnam pada temasya sama pada 2008.

MALAYSIA: Reuben Thayaparan, MD Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail(C), Thamil Arasu Ambumamee, Wan Zack Haikal Wan Nor, MD Rozaimi Ab Rahman, Putera Nadher Amarhan, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Izham Tarmizi(GK), Syahrul Azwari Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana