Gelaran Sasterawan Negara : Perkasa Cabar Samad Said

KUALA LUMPUR 6 Sept - Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said disaran memulangkan kembali gelaran yang diberikan bagi membuktikan keikhlasan dalam perjuangannya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Samad Said sewajarnya berbuat demikian setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak menghargai gelaran tersebut.

"Saya puji keberanian A. Samad, kalau macam itu, saya gesa beliau sendiri yang pergi hantar balik gelaran Sasterawan Negara.

"Kalau beliau ikhlas, serahlah sendiri," kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dalam satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam.
Beliau juga berpandangan, pelbagai pihak akan mengutuk tindakan Kerajaan jika bertindak menarik semula gelaran yang diberikan kepada Samad Said satu ketika dahulu.Desakan itu dicadangkan pelbagai pihak susulan tindakan Samad Said menyertai satu perhimpunan menyokong bendera Sang Saka Malaya sebagai bendera rasmi negara pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka.

Beliau telah ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini semalam untuk membantu siasatan berhubung tindakannya itu.
Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana