Dong Zong ugut Kementerian Pendidikan

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Kementerian Pendidikan sekiranya kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan yang diumum pada 6 September ini tidak berpihak kepada pendidikan Cina.

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian berkata, selepas mengambil kira pelbagai keadaan, pihaknya berasa 'amat tidak positif' terhadap kandungan PPP.

"Persoalan sama ada kita akan mengambil tindakan perundangan perlu dikaji oleh kumpulan peguam.

"Kita perlu tentukan sejauh mana langkah ini boleh diambil dan bagaimana ia dapat dilakukan," katanya.

Katanya, selain tindakan undang-undang, cadangan alternatif yang akan dipertimbangkan ialah mengadakan kempen bantahan pada tahap lebih tinggi.

Sin Tian bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai bantahan pada tahap lebih tinggi itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL