DAP mula tunjuk belang sejak berkuasa

SHAH ALAM – Sekumpulan individu dalam DAP didakwa cuba mengawal parti itu sejak berjaya menguasai beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU12 lalu.

Menurut ahlinya, Aspan Alias, terdapat sekumpulan tiga atau empat orang dalam parti tersebut hendak mengawal parti dan membuat kerja yang tidak betul.

"Saya percaya, walaupun tidak ada bukti, pemilihan semula jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP yang dahulu itu dimanipulasi oleh seseorang yang mempunyai kuasa.

"Kalau tidak, ia (pemilihan CEC) tak akan menjadi begitu. Ada perwakilan, ada yang dipanggil, ada pula yang tidak dipanggil," dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Pada 30 Julai, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baru CEC, dengan menyatakan ia tidak puashati dengan penjelasan "masalah teknikal" yang diberikan berikutan dakwaan berlaku maniplasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pada 19 Ogos, Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke mendakwa, terdapat lebih 500 perwakilan DAP telah mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti dan menjelaskan bahawa mereka telah menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti.

DAP pada mulanya menentang arahan ROS itu tetapi akhirnya patuh dan bersetuju mengendalikan pemilihan baru.

Mengakui keperluan pemilihan yang terpaksa dibuat semula, Aspan berkata, semua yang berlaku adalah akibat ketidakpuasan hati ahli DAP sendiri.

"Tak munasabah semua ahli yang membuat aduan itu salah dan tak munasabah juga semua yang dibuat oleh sekreteriat itu betul. Semua ini berlaku mesti ada sebab dan punca.

"Perkara-perkara seumpama ini sering berlaku mana-mana parti yang sudah mula merasai kuasa.

"Agaknya kalau mereka ada kuasa di peringkat persekutuan, entah macam mana pula kita tak tahu perangai mereka," dakwa beliau lagi.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai keputusan ROS yang meminta DAP mengadakan semula pemilihan CEC, Aspan berkata, sewajarnya ROS menjelaskan bentuk pemilihan yang wajar dilaksanakan.

"Kalau hendak membuat pemilihan, perlu buat secara betul kerana sepatutnya perlu adakan konvensyen sekali lagi dan bukannya sekadar membuat pemilihan begitu sahaja.

"Sepatutnya ROS menjelaskan bentuk pemilihan yang patut DAP buat, adakah melibatkan kongres tahunan semula atau cawangan-cawangan dan sebagainya. Baru betul," katanya.

Dakwa beliau lagi, di masa akan datang, DAP tidak akan stabil seperti dulu kerana sudah wujud elemen tidak jujur dan penghijrahan ahlinya ke parti lain.

"Saya sendiri pernah bercakap dengan beberapa orang Cina, mereka mengakui MCA sudah kembali kuat.

"Ini berlaku kerana sudah timbul kesedaran di kalangan bangsa Cina sendiri.

"Saya rasa DAP ini menggali kuburnya sendiri kerana dia dah mula rasa sedap berkuasa. Dulu dia tuduh BN gila kuasa, tapi dia pun sama," dakwa beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana