Cuepacs sokong kenaikan harga petrol

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, jika ia memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju jika tindakan itu boleh membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini.

“Kita menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat.

“Selain itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan dilakukan secara berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan itu, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti.

“Bagaimana pun, saya harap kerajaan sudah memikirkan sesuatu bagi memberi manfaat berterusan kepada rakyat sebelum keputusan menaikkan harga petrol dan diesel dilakukan, selain memikirkan impak daripada kenaikan tersebut,” katanya.

Menurut Omar, jika kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini bermakna lebihan terhadap peruntukan itu seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat, tidak kira dalam apa jua bentuk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana