Cadangan dailog pembangkang-kerajaan:Pemuda PAS pula persoal tindakan Anwar

Kalau sebelum ini kalangan pimpinan Barisan Nasional yang persoal dan ragui cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan segara adakan dailog terbuka mengenai isu-isu nasional,kali ini Pemuda PAS pusat pula ' berbunyi'.

Dalam satu kenyataan media,Naib Ketua Pemuda PAS Dr Ahmad Al Hiss mengingatkan Ketuan Pembangkang itu agar merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk bertemu dengan kerajaan BN.

Beliau juga mengingat Anwar bagaimana teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan satu ketika dulu.

Kata Dr Ahmad Pemuda PAS merasa musykil mengapa Anwar begitu beriya-iya kini mengajak kerajaan berbincang.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH PEMUDA PAS PUSAT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk bertemu dengan kerajaan BN. DPPM merujuk cadangan DS Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena kemerdekaan beliau yang menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

DPPM menganggap baik cadangan DS Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu besar perlu melibatkan kerajaan dan pemimpin PR agar kemelut negara dapat ditangani dan diselesaikan secara bersama. Kerajaan dan pembangkang sebaiknya duduk semeja dengan tidak mempolitikkan sesuatu isu supaya rakyat dan negara mendapat manfaatnya. Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan negara dengan memberikan respons atau sebarang kerjasama.

Namun begitu, DPPM merasa musykil mengapa DS Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan. Dalam hal ini, DPPM sekadar mengingatkan DS Anwar agar berhati-hati dalam permainan politik musuh. Apa yang dibimbangkan adalah beliau terperangkap dengan politik individu atau segolongan mereka yang berkepentingan.

Apa yang diharapkan Majlis Presiden PR serta pimpinan PR meneliti cadangan beliau serta mendokong usaha kerjasama dan perbincangan itu nanti. Kesepakatan dan kesepaduan dalam PR yang utuh memberikan suatu  keyakinan kepada rakyat bahawa PR layak dan mampu memerintah negara dalam PRU ke 14.

DR RAJA AHMD AL HISS

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana