Bukan zalim jika nafi Chin Peng disemadikan di Malaysia...Bangangnya Lim Kit Siang

“Sama ada seseorang itu bersetuju atau tidak dengan perjuangannya (Chin Peng), tempatnya dalam sejarah (Malaysia) sudah terjamin,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam tweetnya.

Kit Siang berhujah bahawa kerajaan seharusnya meluluskan hasrat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang mahu abu mayatnya disemadikan di bumi Malaysia kerana “ia menandakan berakhirnya satu era”.

Ini adalah satu kesilapan. Sebenarnya era keganasan komunis terhadap negara dan rakyat secara rasminya berakhir dengan penandatanganan perjanjian damai di antara kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989 di Hatyai, Thailand.

Perjanjian berkenaan mengizinkan semua bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan Singapura untuk kembali ke tanah air mereka. Sebelum itu mereka berkubu di Thailand. Persefahaman ini harus berlaku dalam tempoh satu tahun termeterainya perjanjian berkenaan.

Kira-kira 300 bekas anggota PKM memohon pulang tetapi Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua tidak berbuat demikian.

Chin Peng ubah fikiran disaat pintu telah ditutup

Bagaimanapun pada 24 Mac 1991, Chin Peng dan 400 bekas anggota PKM kemudian menukar fikiran dan memohon untuk pulang ke Malaysia. Bagaimanapun pada 9 Julai 1993, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan itu kerana waktu untuk “kembali ”ke pangkuan pertiwi” sudah luput.

Berikutan itu, Chin Peng yang sebelum ini tidak pernah mengiktiraf keluhuran undang-undang Malaysia merdeka, menggunakan saluran mahkamah untuk menuntut haknya kembali ke tanah tempat beliau dilahirkan.

Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 21 Oktober 1924 dan menyertai PKM pada 1940. Pada usia 23 tahun beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM.

Sejak itu beliau menjadi dalang di sebalik gerakan PKM menentang kerajaan British setelah Jepun menyerah kalah. Mulai 1948 Chin Peng mula melancarkan gerakan gerila dan bergerak dari hutan belantara yang menyelimuti Malaysia dan Thailand.

Darurat pun diisytiharkan. Kerajaan British pada 1 Mei 1952 menawarkan hadiah $250,000 kepada sesiapa yang berhasil menangkap Chin Peng.

Walaupun Malaya mendapat kemerdekaan daripada kerajaan British pada 31 Ogos 1957, Chin Peng tidak mengiktirafnya. Malah pada 17 Jun 1968 Chin Peng melancarkan serangan gerila baru ke atas kerajaan Malaysia. Dianggarkan lebih 10,500 anggota keselamatan dan orang awam terkorban dalam serangan Chin Peng dan PKM.

Pada 25 Julai 2005, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia. Tiga tahun kemudian Mahkamah Rayuan pula mengesahkan penolakan itu. Ini diikuti dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memperakui keputusan kedua-dua mahkamah sebelumnya pada 30 April 2009.

Maka tertutuplah pintu untuk Chin Peng mahu disemadikan berhampiran kubur orang tuanya. Hasratnya itu mungkin memenuhi adat dan pegangan peribadinya. Bagaimanapun sistem perundangan Malaysia tidak memperakui kewarganegaraannya.

Apabila menyertai dan kemudian memimpin PKM matlamatnya bukanlah untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk mengkomuniskan negara ini. Apabila taktik keganasan gerila menjadi pilihannya maka bererti beliau memerangi Malaysia dan segala idealisme politiknya.

Kit Siang jangan padam keganasan komunis

Mungkin Kit Siang betul apabila mengatakan bahawa kematian Chin Peng bererti berlabuhnya tirai satu era sejarah. Bagaimanapun era keganasan komunis itu tidak seharusnya dipadamkan oleh kematian Chin Peng pada Hari Malaysia, Isnin lalu.

Setiap warga Malaysia harus belajar dari sejarah. Chin Peng harus dititipkan dalam sejarah Malaysia yang bermandi darah dek hasratnya mahu komunis menjadi ideologi negara. Chin Peng adalah musuh negara.

Mahu disemadikan abu mayatnya di Malaysia ialah sentimen peribadi Chin Peng. Namun masyarakat Malaysia bukan kejam jika sentimen ini tidak dapat dipenuhi.

Ini kerana Malaysia percaya pada kepentingan majoriti. Beribu-ribu rakyat Malaysia sehingga hari ini masih menangisi kehilangan sanak saudara mereka kerana enggan menuruti perjuangan Chin Peng untuk menjadikan Malaysia negara komunis.

Ketegasan perlu dalam soal ini. Usahlah ahli politik seperti Kit Siang cuba mencetuskan satu lagi polemik dengan mengusik sentimen rakyat Malaysia yang masih hidup dengan dalil kekejaman Chin Peng tanpa tangan dan kaki atau cacat seumur hidup.

Jika Kit Siang dan ahli politik yang sepemikiran mahu berhujah bahawa seruannya itu adalah dibuat atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, seharusnya mereka insaf bahawa pernahkah Chin Peng dan PKM memberi pilihan dan menghormati hak asasi pada rakyat Malaysia apabila mereka melancarkan perang gerila terhadap negara ini ?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana