Benarkah Anwar Ibrahim Sudah Gila?

Adakah ini petunjuk Allah sedikit demi sedikit sebagai HUKUMAN kepada mereka yang sepanjang hayatnya berbohong, menipu serta mengkhianati Negaranya sendiri. Mari kita sesama renungkan segala tindakannya yang telah dilakukan baru baru ini.
Setelah berlangsungnya perjalanan PRU 13 yang penuh dengan debaran serta cabaran bagi pihak yang sentiasa mengikuti lunas lunas undang undang MAKA Dengan keizinanNYA UMNO / BN telah meraih kejayaan walaupun dengan pelbagai fitnah dan penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang untuk mengaburi pemikiran rakyat serta melindungi perbuatan mereka.
Setelah kegagalan tersebut, Anwar kini telah merancang Black 505 sebalagi tindakan bals darinya untuk menafikan kemenangan UMNO/BN walaupun telah diakui sendiri oleh pemimpin DAP semua itu satu pembohongan.

Tidak cukup dengan itu pada kali ini Anwar sudah merancang untuk memulaukan upacara angkat sumpah sebagai ahli parlimen dan melucutkan status tersebut jika tidak berbuat demikian dan seterusnya dia juga berhasrat mencadangkan melantik speaker Parlimen. Tuan puan sekalian, Adakah Anwar Ibrahim sudah GILA ATAU NYANYUK?
Pertempuran didalam PRU13 adalah bertujuan untuk mendapatkan status wakil rakyat parlimen untuk berbakti kepada rakyat, tetapi Anwar bercadang untuk melucutkan semua statsu tersebut dengan memulaukan proses angkat sumpah, tidakkah tindakan tersebut akan melucutkan kemenangan sekali gus akan diadakan PRK untuk kawasan tersebut.
Didalam ceramah ceramah yang di jelajahinya kebanyakannya berkisar kepada pinipuan kertas undi, Bangla, pengundi hantu, mengundi dua kali, penipuan SPR TETAPI didalam report yang dibuat oleh Anwar ialah cuma hanya isu Dakwat kekal, Jadi apakah tujuan semua yang dicanangkan didalam ceramahnya?
Sepatutnya Wan Azizah dan Nurul Izzah telah menghantar Anwar Ibrahim untuk berubat. Sebabnya, penyakit gila yang dihidapi Anwar Ibrahim sudah berada pada paras kritikal yang boleh membahayakan orang di sekeliling. Dan dia tidak sekadar gila, bahkan telah menjadi nyanyuk sekalipun usianya hanya 65 tahun.
Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya telah hancur berkecai. Rakyat Malaysia yang diharapkan dapat membantunya menerusi pengundi pada PRU13 dan kemudian merusuh serta mewujudkan gelombang subversif secara besar-besaran di jalan-jalanraya di seluruh negara, nampaknya lebih sibuk menguruskan kerja-kerja harian mereka.
Kecuali segelintir yang masih percaya Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi mereka, lebih 20 juta rakyat Malaysia yang lain, biarpun sebahagian daripada mereka menyokong Anwar, lebih senang menjalani kehidupan harian secara lebih sihat.
Semalam, Anwar Ibrahim bercakap lagi. Katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai keputusan sebulat suara, Speaker Dewan Rakyat harus dilantik dari kalangan mereka yang bebas, tidak berparti, berkarisma dan telah terbukti mampu melaksanakan tugas. Nama yang dicadangkan adalah Abdul Kadir Sulaiman, bekas seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang pernah berkhidmat untuk SPRM.
Apabila nama tersebut dicadangkan oleh Anwar Ibrahim, bermakna hakim berkenaan bukanlah sebagaimana yang dikatakannya. Seandainya hakim berkenaan seorang yang bebas, tidak berparti dan berkecuali, namanya tidak akan disebut oleh Anwar Ibrahim. Malah tidak akan mendapat perhatian langsung daripada Anwar Ibrahim. Nama itu hanya disebut kerana ada ‘jasanya’ kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat!
Dan semua orang sedia maklum, apa yang telah dilakukan oleh SPRM dan sebahagian besar hakim serta majistret apabila melibatkan kes-kes pemimpin UMNO dan Barisan Nasional berbanding Pakatan.
Suka-suka sahaja Anwar Ibrahim mencadangkan nama Speaker Dewan Rakyat yang baru sedangkan dia sendiri terpaksa mengemis kasih sayang daripada Lim Kit Siang untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia walaupun parti yang dipimpinnya, tidak mendapat kerusi majoriti berbanding DAP.
Sikap tunjuk lagak dan hebat pada Anwar Ibrahim sebenarnya sudah sampai ke tahap kritikal. Kegilaan itulah yang mendorong Anwar melakukan pelbagai perkara yang tidak masuk dek akal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana