Bantah Lynas: Dua kumpulan demonstrasi di luar Parlimen...Alahaiii...Bangang Tak Habis Habis Sikap

KUALA LUMPUR: Lebih 50 orang yang mewakili dua kumpulan mengadakan demonstrasi di luar perkarangan bangunan Parlimen hari ini bagi membantah projek Lynas dan pembinaan empangan di Sarawak.

Kekecohan yang bermula seawal jam 10 pagi itu diiringi beberapa delegasi bagi menyerahkan memorandum kepada menteri berkenaan.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang dilihat kerap bersama kumpulan ini turut hadir bagi menghalang projek Lynas yang akan dijalankan di Gebeng, Pahang.

Beliau berkata demonstrasi ini diadakan untuk mendesak kilang tersebut ditutup atas dasar tidak mematuhi syarat Lesen Operasi Sementara (TOL).

"Lynas tak mematuhi syarat dalam TOL, jadi mereka perlu tutup," katanya.

Sementara itu, kumpulan NGO yag mewakili suku Penan di Sarawak membantah projek pembinaan empangan mega di sungai Baram.

Menurut wakilnya, empangan tersebut menyebabkan orang asal di kawasan tersebut hilang tempat tinggal dan meminta beberapa tuntutan daripada kerajaan negeri.

"Kami inginkan pampasan sebanyak RM 500 ribu ringgit bagi satu keluarga, tanah 25 ekar dan 10 peratus keuntungan daripada projek tersebut," kata Ng Yap Hwa,35.

Dakwa mereka, terdapat 12 projek empangan mega yang bakal dijalankan dan mereka membantah keras projek itu selepas empangan Bakun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana