Apa matlamat sebenar PR mahu rundingan ? - Penganalisis

SHAH ALAM: Kesediaan Pakatan Rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta menggesa pertemuan segera antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) mengundang persoalan apakah matlamat sebenar di sebalik tindakan itu.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, meskipun hasrat Pakatan Rakyat itu tampak positif, namun katanya ia perlulah disertakan dengan keikhlasan demi kebajikan rakyat, dan bukan demi kepentingan tertentu.

"Apakah matlamat sebenar mahu berdialog? Kenapa selepas tiga bulan baru mahu mengiktiraf keputusan? Dan apakah matlamat akhir yang mahu dicapai melalui dialog ini?

"Saya harap mereka ikhlas. Dalam konteks politik baru, kita boleh bersetuju dan tidak bersetuju..walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza tapi jika matlamat akhir kita sama untuk mempertahankan soal rakyat, kebajikan dan masa depan negara, saya rasa itu tak mengapa.

"Sewajarnya tidak ada kepentingan peribadi yang berselindung di sebalik pembentukan dialog ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberitahu Pakatan Rakyat bersedia menerima keputusan PRU13, selain menggesa pertemuan segera diadakan antara kedua pihak bagi membincangkan masalah negara.

Anwar bagaimanapun berkata cadangannya supaya dialog diadakan bukan kesediaan pembangkang untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan, sebaliknya lebih kepada perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, elemen penting dalam penganjuran dialog tersebut seperti topik perbincangan, matlamat serta signifikasi juga antara perkara yang perlu diberi pertimbangan bagi mengelakkan perbincangan tersebut hanya ibarat 'membuka pekung sendiri'.

Tambah beliau lagi, sekiranya dialog berkenaan dilaksanakan, ia sewajarnya merangkumi pemimpin parti komponen masing-masing dan tidak hanya melibatkan Anwar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib sahaja.

"Wajar membabitkan pemimpin komponen supaya ia tidak dilihat bertujuan untuk bekerjasama hanya di peringkat tertentu saja. Sepatutnya merangkumi dialog yang lebih menyeluruh supaya masing-masing tahu apakah tujuan, matlamat dan rancangan sebenar dialog tersebut.

"Dalam isu Mesir, jika boleh bersama..kita bersama. Maksudnya BN dan PR boleh suarakan kebimbangan. Dalam soal jenayah, boleh bekerjasama jika ada dasar yang sama dan boleh berikan kesan yang signifikan,"katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana