Akta PCA bukan ganti ISA - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) adalah bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2011.

"Tidaklah. Mana anda tahu? Berilah saya bentang. Saya akan bentangkan pada 30 September dan saya akan menerima sebarang perbahasan. Nanti, tunggu perbahasan.

"Saya tidak mahu mendahului apa yang akan saya sebutkan dalam dewan. Sabar. Kalau mereka mahu berhujah, sila berhujah dengan saya secara profesional di Dewan Rakyat nanti apabila pembentangan itu saya lakukan," kata Zahid yang ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas bacaan kali pertama akta berkenaan.

Mengulas ringkas, Zahid berkata PCA dipinda agar selari dan mengelakkan percanggahan dengan akta lain.

"Itu adalah pindaan selari, kerana apabila PCA 1959 dipinda, ia juga melibatkan 10 undang-undang lain. Oleh sebab itu pindaan selari dilakukakn supaya tak bercanggah dengan pindaan yang dibuat saya dalam PCA ini.

"Pindaan selari ini dilakukan oleh menteri-menteri berkenaan supaya tak dipinda pada masa akan datang kerana ia merupakan undang-undang yang selari dengan pindaan pada PCA ini," katanya.

Zahid dalam kenyataannya sebelum ini berkata PCA akan dipinda bagi membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan.

Pindaan itu katanya penting berikutan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933.

Pada 2011, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bertindak memansuhkan ISA berikutan mendapat kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya tidak demokratik.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL