3 BUAH BAS MEMBAWA SERAMAI 65 ORANG PATI DI TAHAN.

Unit Pencegahan Penyeludupan, UPP Kelantan berjaya mengesan taktik sindiket yang mengaturkan perjalanan pendatang asing tanpa izin, Pati dengan menaiki bas ekspres ke kawasan sempadan.

Ia bagi mengelakkan operasi pihak berkuasa terhadap Pati, sebelum kembali semula masuk ke negara ini apabila tiba waktu yang sesuai.

Taktik itu dibongkar selepas 65 warga Myanmar ditahan selepas dikesan menaiki tiga buah bas dari Hentian Putra, Kuala Lumpur.

RUSLI KARIM / KOMANDER UPP KELANTAN:

"Totalnya 65 pendatang asing terdiri daripada 58 lelaki dan 7 wanita kesemua Myanmar dalam perjalanan dari Lembah Klang, sebab bas itu dari KL datang ke Kelantan dan kita percaya akan bawa ke sempadan untuk cross dan inilah modus operandi dia dan kita sedang develop profile untuk mengenal pasti secara mendalam sindiket tekong terbabit".

Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi tadi seramai tujuh anggota membuat intipan di Paloh, Gua Musang, berjaya menahan lapan warga asing terbabit menaiki sebuah bas.

UPP kemudian menahan sebuah lagi bas dan mengesan 29 warga Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Manakala, bas ketiga ditahan kira-kira jam 6 pagi di Simpang Repek Jalan Pasir Mas, membawa 28 Pati juga dari Myanmar.

Menurut Rusli, pihaknya percaya beberapa sindiket didalangi warga tempatan terbabit aktif mengaturkan perjalanan Pati berkenaan.

Pengusaha dan pemandu bas digesa memastikan pengangkutan mereka tidak disalahguna oleh sindiket berkenaan.

Pati yang berusia antara 17 hingga 48 berkenaan dipercayai telah masuk ke negara ini bagi tempoh lebih enam bulan.

Mereka dipercayai bekerja di sektor perkilangan, perladangan dan tukang masak restoran di ibu negara.

Kesemua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga 10 ribu ringgit atau penjara lima tahun dan enam sebatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana