TERKINI!! Dr Mazlan terus buat Anwar panik , surat misteri sudah di tangan SPRM !!

Bekas calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail semalam menyerahkan semua "surat misteri" Bankleaks Anwar/Karpal yang diterimanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

DR Mazlan berkata beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat yang didakwa mengandungi 'urus niaga' oleh pemimpin berkenaan, lapor Utusan Malaysia."Seperti dimaklumkan sebelum ini saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatlaporan polis terhadap dakwaan Mazlan yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN itu.

Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya dan kedua-dua pemimpin itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan dan media arus perdana itu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana