Sukan Astro kini di HyppTV

PELANGGAN perkhidmatan Televisyen Protokol Internet TM, HyypTV kini berpeluang menonton dua saluran sukan Astro, Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD mulai semalam.

Kedua saluran itu akan menyiarkan perlawanan Liga Perdana Barclays (BPL) terpilih dan kandungan sukan yang lain. Malah, kedua pihak turut bersetuju untuk meneruskan kerjasama bagi menyiarkan saluran televisyen NJOI dan stesen radio terpilih menerusi HyppTV, tertakluk kepada syarat tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, Astro akan terus komited dalam menyediakan platform untuk ahli sukan negara bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Hari ini Astro telah menjadi gedung sukan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan 14 saluran sukan yang boleh didapati dalam bentuk SD daN HD di IPTV, OTT, satelit dan Astro On-The-Go (AOTG).

“Sejak Astro Arena dilancarkan tiga tahun lalu, ia telah menarik perhatian peminat sukan tanah air di mana perlawanan seperti Sukan Asia, Sukan SEA dan Piala Malaysia mencatatkan rating yang menggalakkan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dan TM Net Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd (TM), di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Datuk Zamzamzairani Mohd Isa berkata, TM hanya membeli beberapa perlawanan BPL daripada Astro dan akan siar enam daripada 10 perlawanan di HyppTV.

“Kandungan sukan tambahan pasti akan menaikkan pakej sukan sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Astro mengalu-alukan TM selaku penaja penyiar rasmi untuk Astro Liga Super Malaysia, Astro Liga Premier Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia yang akan bersiaran di Astro Arena.

Menerusi kerjasama itu juga, Astro dan TM berhasrat untuk memberi lebih pilihan kepada rakyat untuk menikmati kandungan tempatan dan antarabangsa sekali gus menyokong pembangunan sukan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana