Status PR pemilik resort boleh ditarik balik - Zahid

KUALA LUMPUR: Status penduduk tetap (PR) pemilik sebuah resort di Sedili, Johor yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau dalam kawasan premis itu menjadi tempat ritual keagamaan bukan Islam boleh ditarik balik.

Perkara itu ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi maklum balas kepada Utusan Online berhubung tindakan pemilik resort berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

"PR akan ditarik balik setelah siasatan selesai," katanya ringkas.

Pemilik resort berusia 45 tahun yang berasal dari Singapura dan mempunyai status PR negara ini boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, Kota Tinggi gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana