"Saya hanya ingatkan kerajaan negeri" - Profesor Agus

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff yang mendapat perhatian banyak pihak setelah menegur kegagalan pentadbiran PAS Kelantan melakukan pembaharuan di negeri itu tampil memberi penjelasan.

Agus berkata beliau sekadar mengingatkan kerajaan negeri Kelantan tentang harapan rakyat yang menunggu perubahan dan pembangunan selepas pilihan raya berakhir.

Tambahnya, sejak berpuluh tahun memerintah dan masih diberi mandat oleh rakyat, PAS masih gagal memajukan sektor ekonomi dan sosial rakyatnya dan tidak berupaya menjalankan pembangunan yang telah diputuskan sebelum ini, seperti Projek Lebuh Raya Rakyat dan penyediaan air bersih untuk rakyat.

Beliau melalui laman sosial Facebooknya berkata, apa yang ingin ditekankan ialah kerajaan negeri tidak seharusnya mengekalkan 'kemunduran' atas alasan diskriminasi oleh kerajaan pusat.

Sebaliknya kata Agus, kerajaan pimpinan PAS itu harus tampil dengan cetak biru (blue print) pembangunan negeri selepas 100 hari memerintah.

"Sebagai sebuah kerajaan, jika ada masalah, berbincanglah dengan kerajaan pusat. Jika kerajaan pusat berterusan nafikan hak negeri, rakyat tahu. Dan rakyat hukum dalam pilihan raya. Itupun yang telah dilakukan oleh rakyat Kelantan selama ini.

"Masalahnya tidak mudah untuk kerajaan negeri berhubung dengan pusat. Ini kerana jika tersalah berhubung takut pula dikatakan mahu bergabung.

"Mengapa sampai begitu tajamnya perbezaan politik kita? Saya mohon supaya kita bersederhanalah dalam politik," katanya.

Agus dalam pada itu turut melahirkan kekesalannya kerana masyarakat khususnya penyokong kerajaan negeri yang dilihat terlalu fanatik menyokong parti sehingga tidak boleh menerima teguran mengenai pimpinan parti sokongan mereka.

"Pada penyokong kerajaan negeri, saya pesan satu perkara. Jika kita boleh lantang mengkritik kelemahan kerajaan pusat, bersedialah juga kita untuk menerima teguran dan kritikan. Tidak semestinya kerana PAS memperjuangkan Islam, maka PAS tidak ada kelemahan," ujarnya.

Antarapos semalam melaporkan ADUN Bukit Bunga, Mohd Adnan Kechik menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob gagal membawa pembaharuan dan masih mencari rentak dalam pentadbirannya walaupun pernah berada dalam kepimpinan terdahulu.

"Sebab itu apabila Ahmad Yakob apabila ambil alih kerajaan Kelantan dari Nik Aziz, beliau masih mencari-cari di mana mahu mulakan (pembangunan). Jika nak buat yang baru, yang lama pun masih tertunggak," katanya kepada Antarapos.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana