ROS batalkan CEC, Lim dakwa DAP jadi mangsa politik

SHAH ALAM: DAP hari ini mendakwa parti itu menjadi mangsa politik dan salah guna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Katanya, walaupun DAP sudah membetulkan kesilapan semasa pemilihan tahun lalu, namun ROS tetap mengarahkan pemilihan semula parti itu.

“Ini bermakna DAP menjadi mangsa politik serta salah guna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal kerana tidak ada sebab dan alasan diberikan ROS.

“ROS sekadar menyatakan dalam suratnya bertarikh 30 Julai 2013 bahawa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP, tanpa memberi sebab dan alasan. DAP sudah memberi penjelasan serta kerjasama penuh kepada ROS.

"Semua dokumen sokongan turut diberi bagi membuktikan pemilihan parti Disember tahun lalu dijalankan dengan baik, sah dan demokratik di mana semua perwakilan yang layak dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur dan politik wang,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun mengakui DAP membuat kesilapan dalam hal penyiaran keputusan oleh ketua pegawai pemilihan yang mengumumkan jumlah undi yang salah bagi beberapa calon.

Namun, katanya, kesilapan itu memberi kesan hanya kepada satu calon iaitu calon Vincent Wu diumumkan sebagai calon yang berjaya sedangkan yang sepatutnya adalah Zairil Khir Johari.

“Apabila kesilapan ini disedari, ia terus diperakui dan diperbetulkan parti secara sukarela tanpa didedahkan kepada mana-mana pihak luar. Pihak parti sekarang sedang dihukum kerana enggan menutup kesilapan dan kerana berlaku jujur dan berkata benar.

“Ini bukti Ahmad Zahid mengamalkan double-standard kerana beliau tidak menuntut SPR mengadakan pilihan raya umum sekali lagi apabila SPR tidak membuat pembetulan terhadap dakwat kekal yang tidak kekal itu, sebaliknya DAP diarah melakukan pemilihan semula sudah membetulkan kesilapan pada pemilihan itu,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu menganggap surat begitu ringkas daripada ROS tanpa sebab atau bukti yang menyokong keputusan itu sangat tidak profesional, serta jelas merupakan salah guna kuasa yang tidak adil terhadap DAP.

Ahmad Zahid sebelum ini memberitahu pemberita bahawa ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung masalah semasa pemilihan jawatankuasa itu.

Beliau juga dilapor menegaskan, dirinya tidak campur tangan dengan keputusan ROS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana