Perangi jenayah tanggungjawab semua

KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa supaya tidak menyerahkan tanggungjawab memerangi aktiviti jenayah di negara ini semata-mata kepada kerajaan dan agensi-agensinya.

Sebaliknya menurut bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, penularan aktiviti jenayah dapat dibendung sekiranya setiap di kalangan anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing.

"Saya rasa dalam waktu sekarang ini, jenayah ini tidak dapat ditangani oleh satu kementerian ataupun satu pihak sahaja..

"Semua orang harus mengambil peranan masing-masing..Insyaallah kalau setiap satu daripada kita mengambil peranan masing-masing, ibu bapa menjaga anak masing-masing di kawasan taman, dengan keprihatinan jiran kita, saya rasa kita dapat memerangi jenayah ini," katanya kepada Antarapos baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kegusaran di kalangan anggota masyarakat berhubung peningkatan kadar jenayah yang semakin meruncing dewasa ini.

Menyifatkan ia seperti wabak berjangkit, justeru setiap pihak katanya harus sentiasa peka dan berwaspada di dalam memastikan gejala tersebut dapat dibanteras sama sekali.

"Jenayah ini boleh jadi satu penyakit berjangkit yang kalau terkena pada orang lain, bukan maknanya kita tidak boleh terkena..jadi benda ini harus diambil perhatian oleh semua pihak sekali.

"Dan saya percaya kalau setiap satu daripada kita mengambil sedikit peranan yang boleh kita mainkan, perkara ini akan dapat kita tangani bersama," tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana