Pegawai Polis Yang BErcuti BErjaya Menangkap Mangsa Ragut...Syabas dan Tahniah

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang telah bertindak pantas untuk menyelamatkan seorang mangsa ragut dan menangkap penjenayah.

Kejadian berlaku pada 13 Ogos 2013 jam 9.30 pagi di Lorong Mendaling Kajang di mana ketika kejadian, DSP Basri mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan apabila dilihat didapati seorang wanita berbangsa Cina diragut oleh 2 lelaki yang menunggang motosikal.

Pegawai terlibat bertindas pantas dengan menghalang penjenayah terlibat dengan kenderaannya sehingga menyebabkan penjenayah yang membonceng di bahagian belakang motosikal tersebut jatuh.

DSP Basri terus menerpa ke arah penjenayah terlibat dan akhirnya berjaya menangkap salah seorang penjenayah setelah berlaku pergelutan.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut membantu dengan cuba menangkap penjenayah yang menunggang motosikal namun, penjenayah terlibat berjaya meloloskan diri.

Ketika dihubungi DSP Basri yang sedang menjalani cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini menyatakan bahawa tindakannya itu adalah sifat serta naluri yang telah disematkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam diri setiap pegawai dan anggota polis untuk memberikan bantuan dan tindakan segera sekiranya melihat kejadian jenayah selaras dengan `Komuniti Sejahtera,

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana