Mekanisme Bagi Peminjam Bank Untuk Elak Bankrap Sedang Diusahakan: Nancy

Kerajaan sedang dalam proses mengusahakan satu mekanisme dengan pelbagai institusi kewangan untuk membantu peminjam bank mengelak daripada diisytiharkan bankrap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata kertas Kabinet tentang cadangan pindaan kepada Akta Kebankrapan 1967 juga sedang disediakan ketika ini untuk edaran, sebelum dibentangkan di Parlimen.

Ia, katanya, akan dapat membantu individu yang telah diisytiharkan bankrap dapat dilepaskan daripada status itu dalam tempoh yang pendek.

Nancy-Shukri2"Saya akan berbincang dengan beberapa institusi kewangan (wakil-wakil) tidak lama lagi untuk melihat bagaimana mereka boleh membantu menerusi skim pembayaran semula hutang," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya beliau di Kuching, hari ini.

Walaupun rekod Jabatan Insolvensi menunjukkan kira-kira 246, 357 individu telah diisytiharkan bankrap di negara ini, Nancy berkata hanya kira-kira 30 peratus yang menghubungi jabatan itu serta berusaha membuat pembayaran semula kepada pemiutang berdasarkan kepada jadual yang sudah dipersetujui.

Beliau berkata ramai lagi individu yang enggan mendapatkan bantuan jabatan itu kerana perasaan malu.

"Di Sarawak situasinya tidak begitu buruk. Tetapi kami tidak mahu melihat orang diisytiharkan bankrap, terutamanya orang muda, yang belum lagi matang untuk mengendalikan kewangan mereka sendiri.
"Ini juga terpakai bagi penjawat awam yang mungkin menyalah urus situasi kewangan mereka disebabkan tekanan tertentu, dan ada juga yang datang bertemu saya termasuk mereka yang menjadi penjamin bagi anak-anak mereka dan orang lain," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana