Makan secara sihat ketika rumah terbuka

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Umat Islam dinasihatkan makan secara sihat dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri memandangkan risiko mengambil makanan berlebihan begitu tinggi sepanjang musim perayaan itu.

Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus berkata, kesedaran tentang pemakanan sihat pada musim perayaan amat kurang dalam kalangan rakyat sedangkan lazimnya masakan orang Melayu dipengaruhi unsur lemak yang banyak.

"Walau bagaimanapun, saya tidak mahu menyalahkan makanan tersebut kerana yang membuat atau memasak makanan itu adalah diri kita. Sepatutnya, gunakan kreativiti untuk mencipta makanan sihat berdasarkan resipi lama tetapi dalam masa sama mengekalkan keenakannya," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Johor, di sini baru-baru ini.

Dr. Ahmad Faizal memberitahu, amalan makan secara sihat sering diketepikan umat Islam sepanjang Ramadan kerana memenuhi tuntutan nafsu makan setelah seharian berpuasa.

Beliau berkata, tindakan itu menjadi penyebab berlakunya obesiti.

"Pelbagai jenis penyakit berlaku pada hari raya jika pemakanan tidak dijaga seperti gangguan proses penghadaman, cirit-birit, gastrik, alahan, batuk, sembelit, buasir, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

"Sebahagiannya berpunca disebabkan pada bulan Ramadan, kadar metabolik menurun kerana tidak banyak memproses makanan. Namun, ketika Syawal, perut dikejutkan dengan makanan yang banyak dan memberi masalah kepada proses penghadaman," katanya yang juga Pakar Perubatan Dalaman dan Respiratori.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL