Mahkamah Tolak Petisyen PAS DUN Selama

IPOH 13 Ogos - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama kekal milik Barisan Nasional selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan oleh calon PAS Mohd Akmal Kamaruddin.

Keputusan dilakukan o0leh Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam kamarnya ekoran pempetisyen gagal mengemukakan permohonan petisyen lengkap mengikut Peraturan 4(1) (b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya (EPR) 1954.

"Peraturan 4(1)(b) EPR memerlukan pempetisyen menyatakan fakta dan alasan berhubung petisyen itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hakim kemudiannya memerintahkan pempetisyen membayar kos kepada ADUN Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN) dan SPR masing-masing RM50,000.

Mohd Daud sebagai responden pertama diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala  Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun dan Hanim Abd Rahman mewakili responden kedua.

Mohd Akmal diwakili tiga peguam yang diketuai oleh N.P Ramachandran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana