Mahfuz Berkata Hadi boleh bantu untuk cari penyelesaian di Mesir...Politik PAS Pun Tak Tentu HAla Di Buatnya?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kesal dengan sikap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang enggan menyokong cadangan Pakatan Rakyat agar diadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan pergolakan yang berlaku di Mesir, menyaksikan ribuan nyawa terkorban.

Beliau berkata langkah Putrajaya yang menyarankan diadakan persidangan khas melibatkan semua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak menggambarkan pendirian Malaysia dalam mencari penyelesaian secara aman bagi krisis yang berlaku itu.

"Tiada (jawapan), ini satu perkara yang sangat mengecewakan. Kita minta perdana menteri panggil sidang Parlimen tergempar tapi perdana menteri minta OIC panggil mesyuarat.

"Kita minta dua perkara iaitu panggil sidang Parlimen tergempar dan Malaysia jadi tuan rumah untuk panggil ketua-ketua negara bertemu sama ada secara rasmi atau tidak rasmi di sini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini kepada Antarapos.

Minggu lalu PAS telah menghantar memorandum kepada perdana menteri bagi mendesak diadakan segera sidang khas Parlimen berhubung kekejaman tentera Mesir.

Mahfuz dalam kenyataannya selepas menyerahkan memorandum itu berkata sidang khas Parlimen perlu disegerakan kerana agak terlambat jika menunggu Parlimen yang hanya akan bersidang pada 23 September ini.

“Jika tunggu sudah terlalu lewat. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita mesti merumuskan satu resolusi yang boleh dipersetujui bahawa usul itu dibawa oleh kerajaan.

“Kita tak ada masalah sebab kita pernah ada sejarah bahawa usul yang dibawa kerajaan didukung bersama oleh Pakatan Rakyat, iaitu usul berkaitan Iraq dan Gaza suatu ketika dahulu,” katanya menambah hasil daripada sidang khas itu nanti akan dapat menghasilkan pandangan bersama dalam mencari jalan penyelesaian konflik di negara tersebut.

Guna pengaruh Hadi, jadikan Malaysia 'orang tengah'

Dalam perbualan ringkas semalam, Mahfuz turut menyatakan pandangan agar pentadbiran Najib menggunakan pengaruh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi 'orang tengah' bagi mencari jalan penyelesaian.

Ini kerana menurut beliau, Abdul Hadi mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah selain mempunyai mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Ikhwanul Muslimin.

"Ya, ustaz (Abdul) Hadi sebagai orang tua yang sangat dihormati di kalangan pimpinan gerakan Islam.

"Beliau (Abdul Hadi) adalah orang yang senior dalam kalangan mereka dan kalau kita lihat ramai pemimpin Ikhwan Muslimin ditahan dan ditangkap," katanya.

Dalam keadaan tersebut dakwa Mahfuz, penggantungan pemimpin-pemimpin gerakan Islam adalah kepada Abdul Hadi selaku individu yang berpengaruh.

"Penggantungan mereka di kalangan pemimpin gerakan Islam adalah kepada ustaz Hadi.

"Saya percaya ustaz Hadi boleh membantu dan sebagai individu yang berpengaruh untuk menjadi orang tengah kepada Malaysia untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana