KETUA POLIS NEGARA SELAR TIMBALAN MENTERI

"Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.

"Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.

"Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?"

Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tatkala ditanya mengetai kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Hindraf yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.

Memetik laporan Malaysiakini, Khalid ternyata kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan yang dilihat cuba memperkecilkan usaha PDRM mengekang aktiviti jenayah.

"Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," ujarnya

Ops Cantas dilancarkan oleh PDRM 19 Ogos 2013 yang lalu bagi mengekang kejadian tembak-menembak yang semakin berleluasa sejak ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinans Darurat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana