JAIPK pantau lokasi ada pengikut Syiah

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) sedang memantau beberapa lokasi di negeri ini dipercayai mempunyai pengikut ajaran Syiah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPK Ahmad Nizam Amiruddin berkata antara lokasi yang dipantau ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Ipoh, Taiping dan Tanjung Malim.

"Kita akan ambil langkah awal supaya perkara ini tidak menjejaskan keharmonian negara khususnya di Perak," katanya kepada pemberita selepas operasi Ramadan di sini hari ini.

Semalam, JAIPK menahan dan mendakwa dua individu termasuk seorang doktor wanita di Kamunting, Taiping kerana terlibat dengan fahaman dan ajaran Syiah serta merampas buku, cakera padat (CD) dan poster mengenai Syiah.

Ahmad Nizam berkata cara pengikut Syiah itu beroperasi masih belum dikenal pasti kerana mereka tidak bergerak secara terbuka, bagaimanapun perkembangan Syiah di Taiping masih dalam keadaan terkawal.

"Kita akan pantau bersama Kementerian Dalam Negeri dan polis berhubung isu Syiah ini," katanya sambil menjelaskan akan ada lagi tangkapan berhubung Syiah selepas ini. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana