Isu MC Palsu: Anwar Diberi Tempoh Tujuh Hari Jawab Tuduhan Yuktes

 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab tuduhan berhubung penggunaan sijil cuti sakit (MC) palsu baru-baru ini.

Cabaran itu dikemukakan bekas pembantu khas peguam bela kepada Anwar, Yuktes Vijay hari ini yang mendakwa dokumen itu digunakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0 dan penipuan 40,000 warganegara Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Bercakap pada sidang akhbar di Petaling Jaya, Yuktes berkata pihak polis perlu menyiasat segera laporan yang dibuat di Klang, semalam.

Tujuan laporan itu dibuat katanya, untuk memaklumkan pihak polis, mahkamah dan rakyat negara ini wajah sebenar parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jelasnya, keghairahan pembangkang untuk berkuasa dan memerintah tanpa mempedulikan sistem keadilan dan kehakiman mendorongnya tampil ke hadapan untuk membongkar penipuan agar rakyat tidak diperdayakan lagi.

Sebelum ini, Yuktes atau nama sebenarnya, Yuktesvaran Malaipan turut membuat laporan polis berhubung perkara itu bersama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Rabu lalu, Yuktes membuat satu lagi laporan polis berhubung penipuan Anwar yang mengatakan seramai 40,000 warganegara Bangladesh telah mengundi dan secara langsung telah mempengaruhi keputusan PRU13 lalu.

“Saya mencabar Anwar untuk memberi keterangan mengenai sijil cuti sakit (MC) palsu dari hospital awam yang dikemukakan di mahkamah bagi tujuan menangguhkan kes yang diuruskan oleh Chegu Bard.

“Anwar seorang penipu dan ini berdasarkan pengalaman saya bekerja dengan peguamnya selama lebih dua tahun,” katanya lagi.

Jelas Yuktes lagi, Ketua Pembangkang itu juga sering menggunakan pemerhati dari badan antarabangsa untuk menggambarkan dirinya dianiaya oleh kerajaan.

Badan pemerhati antarabangsa ini katanya, memberi gambaran buruk terhadap Malaysia di luar negara.

“Ramai pengikut Anwar meninggalkannya selepas penipuan terbongkar tetapi masih terdapat segelintir pengikut bersama-samanya demi agenda politik mereka.

“Selain itu, peguam bela dalam kes liwat Saiful Bukhari Mohd Azlan berjaya mereka satu bukti yang menyatakan Saiful memasukkan sesuatu dalam duburnya dengan sendiri dan ianya dipercayai oleh hakim,” kata Yuktes lagi.

Beliau juga tegasnya, mempunyai bukti yang merangkumi dua emel yang menunjukkan komunikasi di antara seorang warga asing yang mewakili badan antarabangsa dalam kes liwat Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana