Isu bilik persalinan: Pelajar bukan Islam pindah sekolah...Ada Atau Tak Ada Tiada Jadi Masalah Pun

SUNGAI BULOH: Ibubapa kepada tiga murid bukan Islam di Sekolah Seri Pristana mengambil tindakan drastik apabila memindahkan anak mereka dari sekolah itu selepas insiden makan di bilik persalinan, Ramadan lalu.

Dilaporkan langkah itu akan disusuli ibubapa kepada 10 pelajar sekolah berkenaan.

Setiausaha Kebangsaan Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran berkata bahawa semua ibu bapa telah hilang kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru besar sekolah terbabit.

Baru-baru ini Guneswari menerima tekanan hebat daripada sekolah dan masyarakat luar hanya kerana dia memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan pelajar bukan Islam sedang makan di dalam bilik persalinan.

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu sehingga menimbulkan kekecohan di media sosial.

“Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara,” katanya.

Dilaporkan, terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu dan sekolah itu dikatakan baru beroperasi dua tahun.

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.

Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana