Hanya cara Dr Mahathir yang 'betul' - Pak Lah

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis, kata penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pendedahan menerusi buku terbarunya berjudul Awakening, The Abdullah Years in Malaysia, Abdullah yang dianggap sebagai "Mr Clean" menceritakan bagaimana hubungan mereka bertukar sebaliknya.

Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".

"Mahathir percaya hanya caranya yang betul. Apabila saya cuba melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, beliau kata saya membuat kesilapan. Itu adalah cara Mahathir... Beliau  tidak boleh menerima pandangan orang lain, baginya dirinya sahaja yang betul.

"Saya tidak suka apa yang dilakukan oleh Mahathir. Saya berinya peluang untuk menyatakan pandangannya kepada saya. Malah saya pergi berjumpa dengannya tetapi dia memilih membidas saya dan pentadbiran saya secara terbuka," katanya.

Menurut Abdullah, pendedahan pedih terhadap Mahathir yang melantik beliau sebagai penggantinya terpaksa dibuat kerana hakikatnya lelaki itu sering membuat kenyataan dan tindakan yang bercanggah.

"Mahathir adalah lelaki yang penuh kontradiksi. Apabila kita (BN) menang besar pada tahun 2004, beliau kata mandat besar tidak baik untuk negara.

"Bila kita tidak menang besar pada tahun 2008, beliau mempersalahkan saya. Malah sekarang pun beliau masih berbuat demikian. Biarkanlah beliau kata apa yang disukainya," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Lah.
Mahathir tak boleh lepas tangan

Walaupun seringkali dikaitkan prestasi buruk BN pada 2008 yang gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, Abdullah berkata Mahathir juga tidak boleh melepaskan tangannya.

"Mahathir tak boleh nafikan beliau adalah punca sokongan rakyat terhadap BN pada 2008 merosot yang dilakukannya secara terbuka dengan membidas dan menyerang kerajaan.

"Melabelkan pentadbiran saya yang turut dianggotai majoriti ahli jemaah menteri yang dilantiknya sebagai 'kerajaan separuh masak' dan menuduh kami melakukan rasuah dan pelbagai perkara," katanya.

Abdullah seterusnya memberi contoh-contoh tindakannya yang dipercayai amat tidak disenangi oleh Mahathir.

Antara lain, Abdullah berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.

"Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008.

"Jika tidak tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.

Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya.

Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin dan setebal 620 halaman serta diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana