Gambar Dr Mahathir dan Najib berbicara semasa berada di rumah terbuka Kabinet di Seri Perdana, Putrajaya.


Dr Mahathir dan Najib berbicara semasa berada di rumah terbuka Kabinet di Seri Perdana, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Ogos 2013..Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan kenyataan mantan Perdana Menteri bahawa Umno perlu melakukan perubahan seiring dengan masa namun ia merupakan tugas yang besar kerana melibatkan emosi individu.

Menurut Najib kesabaran amat diperlukan sekiranya ingin melaksanakan perubahan dalam parti kerana ia tidak akan terjadi hanya semalaman.

Najib berkata partinya itu sudah melakukan perubahan sebaik saja mengambil alih dari Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan meminda perlembagaan bagi memilih pucuk pimpanan parti dimana ia bakal dilaksanakan ketika pemilihan parti pada 5 Oktober ini.

Untuk pertama kalinya kira-kira 150,000 ahli Umno akan memilih pemimpin tertinggi tidak seperti pemilihan lepas dimana ia dihadkan hanya dari 2,600 delegasi.

Najib berkata demikian sebagai mengulas pendapat Abdullah dalam buku terbarunya iaitu Awakening : The Abdullah Badawi Years in Malaysia.

Dalam buku itu Abdullah ada menyebut, Umno kini berada dalam situasi yang sukar dan perubahan mesti dilakukan untuk terus kekal.

"Saya lihat perlu ada tahap kesedaran yang perlu dilakukan untuk melakukan perubahan hari ini. Namun fasa untuk menerima perubahan itu sebenarnya masih belum dapat dilihat," Abdullah berkata.

Namun Najib menolak untuk memberi sebarang komen kerana masih belum membaca sepenuhnya buku Abdullah itu.

"Saya hanya akan memberi komen tentang perkara lain tapi bukan yang ini," katanya selepas menganjurkan Rumah Terbuka Kabinet di Seri Perdana, Putrajaya.

Katanya lagi rancangan untuk mengubah negara tidak terletak pada dirinya seorang tetapi visi itu bermula dari legasi Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri paling lama memerintah negara dan kemudiannya diteruskan oleh Abdullah.

"Dan giliran saya melakukan transformasi dan saya akan memberi sepenuh komitmen dan yakin akan mampu melaksanakan," katanya lagi.

Najib menggesa Umat Islam dan bukan Islam harus menghentikan menyakiti sesama sendiri.

"Kita mahu negara ini menjadi harmoni. Sekiranya kita berterusan menegakkan siapa yang benar atau salah maka ia tidak akan berkesudahan.

"Tetapi sekiranya kita berjanji tidak akan menyakiti sesama sendiri maka kita akan menjadi negara yang aman," kata Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana