Fathul Bari mahu tanding Exco Pemuda Umno demi Islam..Admin MEnyokongnya Sepenuhnya



SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya bersedia untuk bertanding kerusi Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul berkata kesediaannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno bahawa jawatan berkenaan dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam.

“Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam,” tulisnya.

Sebelum ini, Umno-BN memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu.

Beliau dicalonkan di DUN Sanglang bagi menewaskan calon PAS, namun tidak berjaya.

Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana