Dua skuad khas polis....bertindak langsung dari Bukit Aman perangi jenayah berat dan dadah

Awas...penjenayah berat dan taiko dadah.Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menubuhkan dua buah skuad khas yang cukup terlatih untuk perangi mereka.Setiap satu skuad itu akan dianggotai 200 orang pegawai dan anggota dan ia akan bertindak langsung dari Bukit Aman tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata skuad itu yang ditubuhkan secara tetap, terlibat dalam kes terbaharu membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu yang mula beroperasi sejak dua bulan lalu.

Zahid memberitahu demikiann kepada wartawan selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah di sebuah hotel di Bandar Sunway di Petaling Jaya Sabtu.

"Pemilihan pegawai dan anggota skuad tertakluk kepada kuasa penuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya.

Forum sehari bertajuk 'Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan' dianjurkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).

Ia diadakan bertujuan mendapatkan input pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, badan bukan kerajaan dan peserta forum mengenai penggubalan undang-undang pencegahan jenayah.

Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata resolusi forum itu perlu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperinci, termasuk mengenai sama ada perlu mewujudkan semula undang-undang pencegahan.

Beliau berkata apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dimansuhkan, ia menyukarkan pihak penguatkuasa terutama polis melaksanakan tindakan pencegahan.

Susulan pemansuhan itu, antara faktor yang menyumbang kepada kesukaran pihak keselamatan membanteras penjenayah ialah saksi takut untuk tampil ke hadapan selain identiti penjenayah sukar dicam saksi, dan keterangan tidak mencukupi untuk menangkap penjenayah.

"Dalam perbincangan untuk (mewujudkan) undang-undang baharu yang dibuat sekarang, kita akan pastikan resolusi forum ini dimasukkan sebelum dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang," katanya.

Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa beliau telah dilantik oleh Najib sebagai pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Rabu lepas.

Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Asli Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana