DAP perlu akur arahan ROS - Tunku Aziz

SHAH ALAM: DAP perlu berhenti menuding jari dan akur kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), kata bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Tunku Aziz berkata pemimpin DAP tidak boleh menyalahkan pihak lain bersabit arahan itu ekoran kesilapan pengiraan undi adalah dari parti itu sendiri.

"Saya berpendapat DAP perlu patuh pada ROS, kerana mereka berdaftar di bawah ROS, jadi semuanya bawah kawalan ROS, jika ROS mengarahkan mereka mengadakan pemilihan CEC DAP semula, ini pun kerana terlalu banyak perkara mencurigakan dan tidak beretika semasa mereka menjalankan pemilihan CEC itu.

"Dan mungkin ada penipuan yang tidak boleh ditutup begitu saja malah bertambah teruk apabila ahli DAP sendiri yang mendesak DAP mengadakan pemilihan parti itu semula,' katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

DAP sebelum ini mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi bagi memilih senarai CEC parti.

Pengakuan selepas hampir sebulan pemilihan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk dari kalangan ahli DAP sendiri.

Pembetulan itu menyaksikan kedudukan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dari tangga ke-39 naik ke tangga 20 untuk membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir.

Zairil satu-satunya wakil Melayu dalam senarai CEC DAP.

Dalam pada itu Tunku Aziz turut menggesa pemimpin tertinggi DAP melepaskan jawatan mereka kerana sehingga kini isu bersabit pemilihan CEC masih gagal di selesaikan.

CEC DAP berlangsung Disember tahun lalu.

"Apa yang ingin saya katakan, bercakap mengenai orang macam Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh ialah mereka perlu meninggalkan parti jika mereka tidak telus dengan keputusan CEC DAP itu," katanya.

DAP baru-baru ini menerima surat rasmi daripada ROS yang membatalkan CEC dan mengarahkan parti itu agar mengadakan pemilihan semula.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kemudiannya menuduh ROS tidak profesional dan melakukan penyalahgunaan kuasa untuk melakukan ketidakadilan terhadap parti itu.
Tunku Aziz berkata isu pokok yang lebih penting adalah sikap pemimpin DAP yang tidak jujur, seolah-olah mempermainkan kepercayaan ahlinya sendiri.
"Soalnya di sini ialah kontroversi seorang pemimpin yang dilihat tidak jujur apabila berdepan dengan kontroversi yang dihadapinya, jadi mereka perlu membuktikan semula dakwaan yang dibangkitkan oleh anggotanya sendiri itu tidak benar dengan mengadakan semula pemilihan CEC DAP.
"Ini semua juga menyentuh mengenai moral dan etika mereka terhadap apa yang mereka buat sendiri," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana