Blackout515: Pemimpin PKR diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada Khamis memerintahkan Setiausaha Kerja PKR Johor R. Yuneswaran membela diri berhubung penganjuran Himpunan Black 505, di sini Mei lepas.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mahkamah berpuas hati dengan beberapa bukti yang menunjukkan Yuneswaran, 27, merupakan penganjur sebenar perhimpunan berkenaan iaitu memainkan peranan menghebahkan perhimpunan itu kepada orang ramai menerusi akaun laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.

Permohonan kepada pihak berkuasa untuk meminta kebenaran mengadakan himpunan itu juga jelas menunjukkan nama serta tandatangan milik tertuduh yang sekali gus mengaitkannya sebagai penganjur perhimpunan itu.

Sebagai penganjur, Yuneswaran didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan sepuluh hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini pada 8.30 malam, 15 Mei lepas dan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam Jimmy Puah dan Hassan Abdul Karim.

Mahkamah menetapkan 11 Sept depan sebagai tarikh pembelaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana