Awakening, The Abdullah Years in Malaysia - bukan tulisan Pak Lah

SHAH ALAM: Buku berjudul Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan oleh  Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas perdana menteri itu tidak mempunyai kawalan  mengenai kandungan  mahupun pelancaran buku itu.

Kecuali perbualan Abdullah dengan dua editor buku berkenaan, kandungan buku itu ditulis oleh tidak kurang 30 penulis yang berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Artikel turut disumbangkan oleh pemimpin Umno tidak lagi mempunyai tempat di parti itu seperti Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas bendahari Umno Datuk Azim Zabidi.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.

Pemimpin pembangkang yang menyumbang pula terdiri daripada Nik Nazmi Nik Ahmad, Liew Chin Tong dan Farish Noor.

Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.

Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.

Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu  tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Setakat ini, PERKASA dan Samy Vellu ternyata berang dengan laporan itu dan telah membidas Abdullah. Hanya Dr Mahtahir yang tidak mahu mengulas kerana katanya, beliau  belum membaca buku itu lagi.

Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan dakwaan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya.

Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin - dua pensyarah yang sering menulis di portal mesra pembangkang Malaysiakini.

Buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana