1,000 Penduduk Berhimpun Bantah Kewujudan Pusat Servis Kenderaan

BUTTERWORTH, 11 Ogos (Bernama) -- Lebih 1,000 penduduk Taman Mawar di sini berhimpun hari ini bagi menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap sebuah pusat servis kenderaan di kawasan perumahan mereka yang mengganggu ketenteraman awam.

Jurucakap Kawasan Rukun Tetangga taman itu, Tan Cheng Lee berkata kewujudan pusat berkenaan sejak April tahun lepas bukan sahaja menyebabkan pencemaran bunyi tetapi juga menggugat keselamatan kira-kira 4,000 penduduk di situ.

"Sudah dua kali berlaku kemalangan kerana kenderaan pelanggan diletak sesuka hati. Tindakan mereka menguji kenderaan dengan cara berbahaya juga merisaukan penduduk," katanya kepada pemberita di hadapan pusat servis terbabit.

Menurutnya aduan penduduk kepada wakil rakyat Sungai Puyu Phee boon Poh dan Bagan Jermal, Lim Hock Seng serta Majis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga tidak diendahkan pihak berkenaan.

Seorang penduduk, Tan Cheng Wooi, 53, berkata suasana di kawasan perumahan itu sudah tidak tenang dengan bunyi enjin kenderaan yang kuat selain bau asap.

"Sudah 30 tahun saya duduk di sini tapi tak ada masalah walaupun ada dua kedai servis kereta yang sudah lama berniaga di sini. Sejak pusat servis ini dibuka, setiap hari memang tak tenteram," katanya.

Ibu kepada lima anak, Lim May Leng, 47, pula berkata rumahnya berhadapan dengan pusat servis berkenaan dan mereka sekeluarga terpaksa mendengar bunyi deruman enjin terutama pada waktu petang, dan adakala sampai tengah malam.

"Saya harap mereka dapat buat sesuatu untuk mengurangkan bunyi bising itu," katanya mendakwa mengalami sakit kepala setiap kali mendengar bunyi deruman enjin kenderaan berkenaan.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana