Video Persahabatan Singa Dan Manusia


Pada tahun 1969, Harrods dari London, menjumpai anak singa yang tidak pasti dari mana. Harrods kemudian menjualnya. Dua orang anak muda Australia yang tinggal di London, John Rendall dan Anthony Bourke, membelinya dan memeliharanya di apartmen mereka.

Namun begitu dalam waktu setahun singa yang diberi nama Christian itu membesar dengan cepat. Rendall dan Bourke merasa tidak sesuai lagi memeliharanya di apartment. George Adamson, seorang yang bertugas di Kenya menyarankan supaya Christian dilepaskan sahaja ke hutan di Kenya. Rendall dan Bourke setuju.

Setelah setahun mereka berpisah dengan Christian, Rendall dan Bourke pergi ke Kenya menemui Adamson. Mereka ingin membuat video dokumentari tentang Christian, jika bertemu. Adamson membawa mereka ke tempat Christian tinggal namun dengan sedikit peringatan: Christian sudah menjadi singa yang liar, mengetuai kumpulannya dan tidak mungkin akan mengenali mereka lagi kerana sudah lama berpisah.

Walau bagaimanapun jangkaan itu meleset kerana sebaik saja Christian melihat John dan Ace, dia mengambil masa untuk mengecam dua orang bekas tuannya itu sebelum berlari untuk memeluk bahu mereka seperti sewaktu ia masih di London. Pertemuan semula Christian dengan tuannya telah dirakamkan dalam bentuk video dan masih menyentuh hati berjuta orang dari seluruh dunia.

"He ran towards us, threw himself onto us, knocked us over and hugged us, with his paws on our shoulders." (John Rendall)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana