Tukar agama: Syarat persetujuan ibu bapa yang perlu ditukar...Sedarlah Orang Melayu Kita Hari Ini

SHAH ALAM : Persatuan Peguam Sharie Malaysia menempelak Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming kerana mendesak lima kerajaan negeri supaya meminda dan menggubal Enakmen Pentadbiran Agama Islam masing-masing.

Di mana dakwa Nga kononnya ia bercanggah dengan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan tidak selaras dengan undang-undang di enam negeri lain.

Sebaliknya, menurut presidennya, Musa Awang enam negeri lain iaitu Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan Johor yang undang-undang mereka masih menetapkan persetujuan kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa bagi urusan pertukaran agama sepatutnya dipinda.

"Sepatutnya enam negeri yang menggunakan izin kedua-duanya untuk pertukaran agama yang perlu dipinda sebab ia tak selari dengan keputusan Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau mengikut Perlembagaan dan mengikut kes yang diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini, mahkamah mentafsirkan perkataan dalam Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan, 'parent' itu bermaksud salah seorang ibu atau bapa atau penjaga.
Kalau ikut keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini itu, ia perlukan salah seorang sahaja, tak perlu kebenaran dari dua-dua pihak," kata Musa ketika dihubungi Antarapos.

Khamis lalu, Nga menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menasihatkan lima kerajaan negeri berkenaan - iaitu Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Melaka dan Sarawak supaya meminda dan menggubal Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri masing-masing.

Bagi Musa, gesaan pemimpin DAP itu sebenarnya membuktikan bahawa mereka cuba  menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dalam peruntukkan Perlembagaan yang telah digubal.

"Gesaan mereka itu adalah sebagaimana yang mereka buat kepada Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 yang ditarik balik, perkara yang sama," katanya sambil menambah perkara itu tidak sepatutnya terjadi.

Menurut beliau, gesaan pindaan harus ditujukan kepada kerajaan negeri Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan Johor yang masih menetapkan persetujuan kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa bagi urusan pertukaran agama.

Penyelarasan katanya perlu dibuat berdasarkan beberapa kes sebelum ini, termasuk kes yang melibatkan Subashini Rajasingam melalui penakrifan perkataan 'parent' adalah cukup bermaksud dengan salah seorang iaitu ibu atau bapa.

Malah kata beliau,  mana-mana peruntukan undang-undang yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal secara automatik.

"Sepatutnya enam negeri yang menggunakan izin kedua-duanya untuk pertukaran agama yang perlu dipinda sebab ia tak selari dengan keputusan Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau mengikut Perlembagaan dan mengikut kes yang diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini, mahkamah mentafsirkan perkataan dalam artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan, 'parent' itu bermaksud salah seorang ibu atau bapa atau penjaga.

Kalau ikut keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini itu, ia perlukan salah seorang sahaja, tak perlu kebenaran dari dua-dua pihak," katanya lagi.

Isnin lalu, kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang sepatutnya dijadualkan untuk bacaan kali kedua.

Selain itu, Jamil turut mengumumkan kerajaan secara rasmi menarik balik Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Pesekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Tindakan itu sebagai mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana