SPR tak benarkan RTM siar proses kira undi secara langsung

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) daripada menyiarkan secara langsung proses pengiraan undipada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini tindakan itu bagi memastikan keadilan sama rata turut diberikan kepada media lain yang juga berminat  mahu menyiarkan pengiraan undi secara langsung.

"SPR tidak benarkan RTM berbuat begitu (siaran secara langsung pengiraan undi), jika tidak semua media pun turut mahu buat secara siaran langsung.

"Jadi kita tak benarkan buat begitu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.
Selain itu, katanya ketika proses pengiraan undi, calon-calon juga mempunyai ejen yang mewakili mereka untuk memantau proses berkenaan.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek melahirkan hasrat mahu berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi secara langsung.
Menurut beliau, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Aziz memberitahu bahawa SPR tidak mempunyai kuasa memberi kebenaran kepada mana-mana parti untuk menggunakan masjid sebagai gelanggang berkempen.
"Kami tiada kuasa untuk tetapkan (berceramah dalam masjid), yang itu perlu tanya kepada jemaah negeri di situ," katanya ringkas.

Sebelum ini terdapat pihak yang menyalahgunakan masjid untuk berkempen pada pilihan raya umum yang lalu dengan menyelitkan unsur politik memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, beberapa Majlis Agama Islam telah melarang parti politik menggunakan masjid sebagai tempat berkempen untuk memastikannya kekal sebagai institusi agama yang mulia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana