Selangor Gagal Pakatan Haram Teruskan Agenda Pemusnahan...

Pakatan haram telah membuktikan bahawa mereka gagal mentadbir negeri Selangor. Mereka juga dengan lantang dan bongkak mengistiharkan bahawa segala manifesto pakatan haram bukan janji. Ianya sekadar kata-kata manis untuk mempengaruhi rakyat mengundi mereka.
Rakyat sepatutnya sedar bahawa pakatan haram merupakan parti yang tidak bermoral dan berintegriti dalam menunaikan janji. Sepatutnya dari segi moral dan prinsip integriti, pakatan haram terikat dan bertanggungjawab untuk menunaikan semua janji-janji pilihan raya melalui MANIFESTO PRU 12, PRU 13 dan 10 Aku janji yang telah dibuat semasa mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Exco Kerajaan negeri.
Walaubagaimanapun rakyat dan Barisan Nasional tetap menuntut supaya semua janji-janji Pakatan haram dalam Manifesto PRU 12 dan lain-lain janji yang dibuat dalam pemerintahan penggal yang lalu ditunaikan dan dilaksanakan sepenuhnya.
Daripada 37 janji PRU 13, masih banyak yang belum ditunaikan SEPENUHNYA yang dianggarkan bernilai lebih dari RM 2.5 Bilion , diantaranya seperti berikut :-

1. RM100 bagi SETIAP anak kelahiran Selangor (RM39,795,700.00)
2· Bantuan RM75 sebulan SETIAP anak dihantar ke nurseri (RM122,220,000.00)
3· Bantuan RM50 sebulan bagi SETIAP pendidikan pra-sekolah (RM22,605,250.00)
4· Hadiah RM1,000 SETIAP anak Selangor ke Universiti (RM133,425,000.00)
5· Takaful RM2,500 warga emas, kurang upaya & anak yatim (RM407,205,000.00)
6· Perubatan percuma warga 65 tahun ke atas (RM289,921,500.00)

7· Air percuma bagi 20 meter padu setiap bulan (RM392,730,000.00)

8· Rebet cukai pintu PBT (RM1,000,000,000.00)

Namun begitu isu pasir merupakan antara isu yang cukup panas dan perlukan perhatian yang lebih memandangkan banyak pendedahan rakyat mengenai masalah pengeluaran pasir baru-baru ini seperti yang berlaku di daerah Hulu Langat.Ini adalah bukti utama kegagalan pentadbiran pakatan haram Selangor.
Walaupun pakatan haram telah memberi jaminan bahawa penyelewengan dan pengeluaran pasir secara haram akan dibanteras dan diatasi namum pengambilan pasir secara tidak terkawal masih berlaku di Sungai Lalang, Semenyih dalam Daerah Hulu Langat. Begitu juga dengan janji Khalid Ibrahim untuk mendapatkan sebanyak RM 150 juta setiap tahun dari hasil sumber pasir juga tidak ditunaikan.
Isu pembalakan haram di daerah Hulu Langat juga perlu ditangani dengan segera. Jangan sampai kerosakkan yang teruk seperti di Kedah berlaku di Selangor pula apabila hampir kesemua kawasan pembalakan habis gondol dikerjakan oleh PAS Kedah.
Dalam sepenggal pentadbiran pakatan haram yang lepas di Selangor, telah banyak kerosakkan yang mereka ciptakan untuk Selangor. Barisan Nasional harus bertindak untuk menyelamatkan Selangor dari terus dimusnahkan oleh pakatan haram. Kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam merupakan antara fokus utama yang perlu ditangani.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana