Saman SPR: Niat pembangkang semai kebencian rakyat

SHAH ALAM : Tindakan pembangkang yang berterusan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah usaha mencambahkan bibit-bibit kebencian rakyat terhadap badan berkecuali itu.

Malah menurut Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, tindakan itu bertujuan  menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kononnya memerintah secara tidak sah.

"Mereka nak timbulkan anggapan supaya keadaan ini dilarutkan sampai ke pilihan raya akan datang supaya perasaan benci rakyat kepada kerajaan BN akan kekal dan memastikan pilihan raya akan datang mereka dapat mengaut sebahagian pengundi BN.

"Mereka sengaja gimikkan isu. Mereka nak hidupkan cerita itu supaya nak rakyat diperingatkan SPR tak telus dan kerajaan tak betul supaya momentum hal itu sentiasa dihangatkan terutama di kalangan mereka yang sentiasa tidak berpuas hati," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pakatan Rakyat semalam yang memfailkan saman terhadap tujuh anggota SPR termasuk pengerusi dan timbalannya dengan harapan supaya mahkamah mengisytiharkan PRU13 yang lalu tidak sah dan terbatal.

Masyarakat sudah letih

Diajukan perkara yang sama, penganalisis politik, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed turut merasakan tindakan pembangkang ini sebagai kesinambungan dakwaan terhadap SPR yang kononnya berat sebelah sepanjang proses pengundian dijalankan.

"Tindakan ini tidak lebih untuk meneruskan kesinambungan supaya masyarakat terus sedar dan bercakap mengenai isu yang mereka bawa.

"Itu agenda utama sebab jika kita lihat dari segi perhimpunan yang dianjurkan apabila sudah mencapai tahap di mana masyarakat dah letih dengan semua itu, mereka (pembangkang) menggunakan saluran mahkamah supaya agenda yang mereka bawa itu secara berterusan menjadi perbualan dan perbincangan dalam masyarakat," ujarnya.

Malah menurut Marthada, ada sebahagian pemimpin pembangkang dan penyokong tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan dan siri bantahan yang dilakukan, yang mana ia jelas menunjukkan berlakunya kepincangan di dalam prinsip dan pegangan mereka.

Sehubungan itu menurut beliau, bagi merubah perkara yang didakwa pembangkang sebagai tidak betul, Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat harus menggunakan ruang di Parlimen sebagai medium untuk meluahkan ketidakpuasan mereka.

"Pakatan Rakyat kena terima keputusan PRU13 dan jika adapun perubahan yang perlu dilakukan oleh kerajaan, mereka patut menggunakan Wakil-wakil rakyat mereka di Parlimen yang sedang bersidang sekarang. Parlimen boleh dikata sebagai wadah untuk mereka luahkan dan lontarkan ketidakpuasan hati mereka kerana ia adalah yang sah dan boleh diterima masyarakat," katanya.

Sebagai rekod, Pakatan Rakyat memfailkan 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen selain 10 petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN di seluruh negara sebagai dakwaan kesalahan SPR dan BN semasa PRU13 lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana