PRK Kuala Besut: PAS Kempunan Lihat Ahmad Said-Idrus Jusuh “Berperang”

HILANG modal utama untuk menipu rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang bakal berlangsung 24 Julai nanti, PAS cuba mengalih perhatian dengan mengada-ngadakan cerita kononnya Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idrus Jusuh bergaduh dalam soal penentuan calon.

Hakikatnya yang boleh dilihat hampir semua orang disini, Ahmad Said dan Idris Jusuh macam belangkas, dimana ada Ahmad Said, disitu jugalah ada Idris Jusuh.  Pendek kata, dimana ada Ahmad Said, disitulah ada Idris Jusuh.

Berbuka puasa bersama, minum teh bersama, melawat pengundi bersama dan sebagainya, nak kata bergaduh macam mana?

Tapi macam itulah pendekatan politik PAS kalau semua orang nak tahu, tak habis-habis dengan adu domba sesama Islam, walaupun di bulan Ramadhan yang pernuh berkat macam ini.

Maklumat yang penulis dapat mengatakan, PASlah yang sebenarnya bergaduh sesama sendiri kerana berebut siapa nak letak calon mana sebelum broker Husam, Che Long atau Endut@Azlan Yusuf ini akhirnya dipilih.

Itupun bukan sebab daya kepimpinannya, tapi sebab duitnya.  Kira macam balas budi baliklah.

Maka itu tidak hairanlah kenapa kalau kita lihat di Kuala Besut ini, kempen PAS didominasi sepenuhnya oleh jentera dari Kelantan, tidak Terengganu seperti sepatutnya.  Ada juga ura-ura yang mengatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap ulama dan wanita parti tersebut kerana soal penentuan calon.Ulama boikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz  Nik Zawawi tidak dipilih, manakala sayap Wanita kerana calon yang tewas dalam PRU13 yang lalu, Napisah Ismail tidak dicalonkan semula walaupun berjaya meningkatkan jumlah undi PAS berbanding 2008.

Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam.

Ini berbeza dengan Idris Jusuh yang berada sepanjang masa di Besut.  Khabarnya, mesyuarat kabinet semalam (Jumaat) pun tidak dihadiri Idris Jusoh (dengan kebenaran PM) kerana ingin mengutamakan kempen pilihanraya kecil Kuala Besut ini.

Komitmen yang sebegitu menyangkal sama sekali fitnah yang cuba disebar PAS kononnya ada ketegangan antara Idris Jusuh dan Ahmad Said.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana