PM jamin terus pertahan kalimah Allah...Alhamdulilah

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminannya bahawa Barisan Nasional (BN) yang telah diberikan mandat untuk terus mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu akan tetap mempertahankan kesucian agama Islam daripada diperlekeh.

Ini tegasnya termasuklah untuk mempertahankan kedudukan kalimah Allah yang mana dijelaskan beliau antara usaha ke arahnya ialah melalui pelaksanaan pembangunan yang holistik dan menyeluruh seperti yang dituntut Islam.

"Dengan mandat yang telah diberikan bagi kita menubuhkan kerajaan pimpinan Umno dan BN di peringkat Persekutuan meskipun kita tidak berjaya di peringkat negeri (Selangor), kita akan cuba mengurustadbirkan negara kita dengan sebaik-baiknya supaya pembangunan yang bersifat holistik dan menyeluruh seperti yang dituntut oleh agama Islam akan terus diperjuangkan oleh kerajaan Umno dan BN.

"Ini bererti bahawa meninggikan syiar Islam, menjaga akidah Islam, mempertahankan kesucian Islam, termasuk mempertahankan kalimah Allah akan terus diperjuangkan oleh kerajaan pimpinan Umno," tegas Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana