Pemilihan Parti Jadi Bukti UMNO Berani Berubah dan Dikritik

KUALA LUMPUR, 10  Julai – Pelaksanaan Pindaan Perlembagaan UMNO yang akan menyaksikan pemilihan secara terbuka membabitkan keanggotaan sehingga mencapai 150,000 orang adalah satu pembaharuan yang ditunggu-tunggu.Veteran UMNO, Tan Sri Aziz Shamsuddin menganggap dengan adanya pindaan tersebuat anggota parti akan dapat membuat penilaian berkaitan tanggungjawab sebenar termasuk kepada agama, bangsa dan negara.

“Dengan pelaksanaan pemilihan yang lebih terbuka ini maka tentunya ia akan menyumbang kebaikan pada parti kerana UMNO terbukti sentiasa bersedia menerima kritikan dan melaksanakan perubahan demi kesinambungan masa hadapan,” katanya kepada UMNO-Online.

Perlembagaan UMNO yang dipinda pada 2009 telah membolehkan seramai 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara membuat pemilihan pucuk pimpinan tahun ini.

“Rakyat akan pilih pemimpin yang sesuai berdasarkan kepada penilaian dan saya amat yakin dengan konsep ini akan dapat mengelakkan berlakunya politik wang dalam pemilihan,” jelasnya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 31 Mei lalu telah memutuskan bahawa tarikh persidangan tahunan cawangan dan pergerakan sayap-sayap akan bermula pada 15 Julai hingga 31 Ogos ini dan kemudiannya akan diikuti mesyuarat bahagian dan pemilihan parti yang akan ditentukan kemudian. - MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana