Pas Sekadar Berpura-pura Marahkan DAP..

Selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan mahukan pindaan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dalam perlembagaan, hanya seorang sahaja pemimpin PAS yang berani menegur iaitu Penolong Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin memberikan kata dua kepada Karpal agar tidak terus mendesak parti PAS dan PKR untuk menyokong permintaan beliau. Ini kerana, tindakan Karpal itu disifatkan sebagai bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam gabungan, PKR-PAS-DAP.

Keberanian Takiyuddin menegur Karpal barulah disambut oleh beberapa pemimpin PAS lain yang kemudiannya ‘menyalak’ membangkang sepenuhnya keinginan melampau Karpal. Itu pun berapa kerat sahaja.

Antaranya ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mendakwa Pengerusi DAP itu punyai perasaan tidak senang dan berpuas hati dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Nasharudin mengukuhkan lagi sokongannya dengan menyatakan kedudukan Islam dalam Perlembagaan sejak dahulu lagi sudah disepakati dalam parti pembangkang. Jadi, sikap anti Karpal terhadap agama Islam perlulah diambil tindakan yang sewajarnya.

Kemudiannya, ahli PAS pula bersuara, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyatakan Karpal adalah sangat ‘bahaya’ kepada parti PAS kerana cubaan menundukkan agama Islam. Apatah lagi memperkecilkan Islam dan penganutnya.

Jadi, PAS dinasihatkan untuk terus kukuh mempertahankan teguran yang dibuat oleh Takiyuddin.

Bukan sekali cubaan DAP menjatuhkan maruah Islam di Malaysia. Semakin hari semakin berani DAP dan puak-puaknya menuntut sesuatu perkara yang tidak masuk akal agar matlamat mereka mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang ala-ala Singapura tercapai. Lama kelamaan juga, Islam dan bangsa Melayu sendiri akan disingkirkan di negara sendiri.

Lihat sahaja tuntutan DAP yang mahukan kalimah Allah dibenarkan dicetakkan dalam kitab Bible bagi agama Kristian penghujung tahun lepas. Meminta penggunaan kalimah Allah juga dalam agama mereka sedangkan Allah S.W.T itu Tuhan bagi umat Islam jelas melihatkan agama Islam mudah dipersendakan.

Ditambah pula dengan sokongan dan kebenaran dari Anwar Ibrahim dan Hj. Hadi Awang yang menyifatkan sekiranya agama Kristian menggunakan kalimah Allah tidak ada salahnya.

Bila sekali lagi Karpal pula bangun meminta pindaan berhubung perkara agama, ini juga sekali lagi memperlihatkan cubaan pihak DAP menjatuhkan maruah agama Islam.

Barulah PAS terkial-kial berada di barisan hadapan memperjuangkan konsep parti mereka, pertahankan maruah dan kesucian Islam. Kenapa tidak dari dulu?

Bezanya kali ini, parti PAS baru nak celik mata melihat parti DAP yang selama ini satu haluan perjuangan mereka adalah musuh sebenar untuk parti mereka. Baru juga mereka nak sedar Karpal mampu membawa ancaman kepada agama Islam. Dan juga baru sedar, walaupun Karpal punyai pengalaman yang hebat dalam dunia perundangan, hakikatnya Karpal sendiri tidak menghormati Perlembagaan.

Dalam isu ini, kalau benar PAS sendiri sudah sedar Karpal sebenarnya adalah musuh mereka itu boleh dikira bagus. Tapi, di mana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS lain berada untuk mempertahankan maruah Islam sama seperti yang dibuat oleh Takiyuddin? Atau kesedaran itu hanya lahir untuk beberapa kerat ahli PAS sahaja?

Di mana pula Anwar dan pemimpin PKR lain berdiri untuk tidak membenarkan tuntutan yang dibuat Karpal?

Atau pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang lain malas mahu ambil pusing bersabit isu ini memandangkan ia bukanlah hal pokok untuk dikejar berbanding kepentingan menang dalam PRK di DUN Kuala Besut nanti.

Jangan terkejut jika esok atau lusa Anwar muncul dengan hujah-hujah ‘playsafenya’ mempertahankan kedudukan permintaan Karpal, sama dengan tindakan yang dibuatnya sewaktu permintaan kalimah Allah oleh DAP.

Hakikatnya, Pas sudah tahu perangai DAP sejak azali lagi hingga sekarang tidak pernah berubah. Apa yang diperkatakan Karpal Singh bukanlah perkara baru atau sikap baru para pemimpin DAP.

Justeru kemarahan sebahagian pemimpin Pas tidak mustahil sekadar sandiwara mengelabui penyokong mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana